Monday 1 August 2016

ASAS TANAMAN

ASAS TANAMAN

Murid berupaya:

1.1 Menerangkan bahawa pertanian boleh:

(i) menghasilkan bahan makanan
(ii) membekalkan bahan mentah
(iii) menyediakan peluang pekerjaan



Tanaman sebagai sumber makanan

amurad hamid
Tanaman Lanskap sebagai punca pendapatan

tanaman mahan mentah-getah

bahan mentah -kelapa sawit

tanaman bahan makanan padi


Tanaman-memberikan sumber pekerjaan



Tanaman sebagai sumber pekerjaan

Tanaman sebagai sumber pekerjaan

 





Saturday 26 December 2015

BENIH SAYURAN DARIPADA BATANG

Terdapat beberapa tanaman yang boleh tumbuh menggunakan BATANG

Antara sayuran yang paling mudah dan sering ditanam semula batangnya ialah cekur manis. Ini disebabkan kita hanya menggunakan daunnya. Cekur manis ini juga boleh dibiakkan menggunakan biji dari bunganya namun pertumbuhannya lambat berbanding menggunakan batang. Bagi memudahkan pertumbuhan akar, rendamkan dalam serbuk penggalak akar sebelum ditanam atau direndam larutan penggalak akar sehingga keluar akar sebelum ditanam.


batang cekur manis

pokok cekur manis


 .........................................................................................................................................

Ulam raja

Ulam raja merupakan sayuran ulaman yang utama. Ulam raja boleh dibiakkan melalui biji benih yang terdapat pada bunganya atau yang paling mudah dengan keratan batangnya  yang telah matang.
batang dan bunga ulam raja 

pokok ulam raja

.................................................................................................................
Tomato
         
buah tomato
Tidak ramai yang mengetahui bahawa tomato boleh ditanam menggunakan batang. Malah pertumbuhan tunasnya lebih cepat berbanding menggunakan biji. Caranya ialah dengan memotong bahagian dahan yang matang dan masukkan pangkal batang ke serbuk penggalak akar. dan tanam di bekas semaian.
batang tomato yang telah  tumbuh akar


.................................................................................................................
Keledek

Keledek merupakan tumbuhan yang merayap yang boleh didapati benih sama ada dari pucuk, batang mahupun ubinya. Potong 10 20 cm btang keledek dan ditanam di atas batas sedalam 10 cm. Percambahan keatan batang lebih cepat berbanding keratan pucuk atau ubinya.
keledek merah dan kuning

tanaman benih menggunakan keratan batang


keledek varieti  vigtato
keledek varieti gendut

daun keledek variati gendut


..................................................................................................................................





Wednesday 23 December 2015

MENGENAL BENIH SAYURAN JENIS BIJI


Sayuran  boleh dibiakkan melalui biji, keratan batang, pucuk, atau ubi mengikut kesesuaian jenis sayuran. 

Kangkung

Kangkung merupakan tanaman popular bagi masakan orang Asia. Kangkung boleh dibiakkan dengan menggunakan biji ataupun batangnya. Kangkung amat mudah menjalar terutama jika persekitarannya mempunyai tanah berair dan lembab.  Bagi penanaman batas pula, kangkung lebih sesuai ditanam dengan kaedah biji agar lebih kemas dan seimbang pertumbuhannya.

Terdapat 2 cara penanaman batas sama ada  disemai dahulu di tapak semaian sbelum dipindah ke batas ataupun tanaman terus di batas sebelum dijarakkan setelah anak pokok membesar setinggi 10 cm.

      

biji  dan anak benih kangkung




.............................................................................................................................

Asparagus

benih asparagus jenis Mary Washington



                   Asparagus (Asparagus Officinalis) ialah sejenis tanaman sayuran jangka panjang yang berasal dari kawasan Timur Mediterranean. Sulur inilah dipungut sebagai sayuran. Di Malaysia didapati tanaman asparagus mengeluarkan sulur di sepanjang tahun. Sulur-sulur yang tidak dipungut akan membesar dan mengeluarkan daun.

                   Pokok asparagus tumbuh menegak sehingga lebih kurang 2 meter tinggi dan bercabang-cabang. Daunnya halus seperti jarum, keluar dari bahagian bukunya. Bilangan daun di setiap buku ialah di antara 5 hingga 12 tangkai. Kebanyakan akar tersebar 30 cm di bawah paras tanah. Pucuk pada rizom akan tumbuh menjadi sulur dan keluar di permukaan tanah. Pada pokok matang, sulur boleh dipungut 3 hingga 5 hari selepas keluar dari tanah

KANDUNGAN ZAT PEMAKANAN
Asparagus mempunyai nilai pemakanan yang agak tinggi kerana ia banyak mengandungi vitamin (Vitamin A, B1, B2 dan C) dan zat-zat galian (Kalsium dan besi). Aspargagus segar mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus protin, gula dan selulosa.
Cara Menanam

  1. Persiapan batas
    1. Batas dibajak dalam.
    2. Buat parit dengan dalam 40 cm lebar 20 cm, jarak antara parit 1,5-1,8 m.
    3. Masukkan baja tinja ayam atau kambing/kompos ke dalam parit sampai setinggi 10 cm.
  2. Penanaman:
    1. Letakkan benih asparagus di parit tersebut  dan tutup dengan sedikit tanah 
    2. Tanam dengan jarak 30 – 45 cm antara tanaman.
    3. Tanam pada waktu awal pagi atau akhir petang ketika  cuaca tidak  terik.

.


......................................................................................................................................................

Sawi

Jenis – Jenis  Sawi 

a. Sawi Hijau ( Sawi bunga )

Sawi hijau ( Brassica compestris sp. ) merupakan jenis sawi yang sangat disukai. Tanaman sawi hijau ini memiliki batang pendek, daun berwarna keputih-putihan, dan rasanya sedikit pahit. 

b. Sawi Putih ( Pak choy )

Sawi putih ( B. Juncea L )  memiliki bentuk bunga berwarna kuning cerah, daun berwarna hijau mudah hingga tua, memiliki batang pendek dan tidak memiliki rasa. 

c. Sawi Jepun ( Siow pak choi )

Sawi jepun ( Barssica camprestis sp ) merupakan jenis sayuran sawi yang memiliki batang pendek berwrna putih, pangkal daun bergaris atau mengkerut kebawah, berwarna hijau muda dan tua. Tanaman ini memerlukan   suhu normal, cahaya matahari sedikit, media tanah subur, gembur dan banyak mengandungi bahan organik dan memiliki curah hujan yang baik.

d. Sawi Pahit ( Bitter mustard )

Sawi pahit ( Brassica juncea var rugosa )  memiliki daun berwarna hijau muda hingga hijau tua, memiliki batang pendek berwarna putih, bunga berwrna kuning cerah, memiliki biji  berwarna hitam dan juga memiliki sedikit pahit.

benih sawi putih dan hitam
sawi hijau

...........................................................................................................................

Bendi

Bendikacang lendir atau kacang bendir merupakan sejenis buah yang dimakan sebagai sayuran yang banyak ditanam di negara  yang beriklim panas lembap.Bendi dikelaskan dalam genus  Abelmoschus.
Bendi hanya boleh dibiakkan menggunakan biji benih yang boleh didapati dari buah bendi yang telah tua.
Dua varieti bendi yang paling popular iaitu bersegi lima dan segi tujuh.


Info lengkap di http://harizamrry.com/2015/03/21/panduan-penanaman-kacang-bendi/
..............................................................................................................................................

Kacang soya

Kacang soya dibiakkan menggunakan biji. Kacang soya banyak ditanam di kawasan beriklim sederhana dan iklim panas yang lembab. Biji soya boleh dipelbagai guna bagi menghasilkan makanan dan minuman.
biji kacang soya

tauge biji soya
....................................................................................................................................
Kacang merah

Kacang merah banyak digunakan dalam pembuatan kuih dan minuman seperti ais kacang, bubur, kuih talam, aiskrim, cendol dan sebagainya.

Kacang merah ditanam menggunakan biji sama ada semaian terus ke batas atau sdisemia dahulu di  bekas semaian.
  

.............................................................................................................................

Cili atau Lada

Terdapat 2 jenis cili iaitu cili besar dan cili kecil.
Cili ditanam menggunakan biji sama ada di ladang atau di pasu atau bekas-bekas lain.
  1. Di Ladang
    Anak benih yang berumur 6 minggu boleh diubah terus ke batas.  Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali.  Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.  Jarak tanaman ialah 90 cm (30 inci) antara pokok dan 150 cm antara baris
     
  2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
    Semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm (1 inci).  Tinggalkan hanya sepokok.
biji cili melekat di empulur buah cili
cili besar

buah cili kecil



..........................................................................................................................

Terung

Jenis-jenis terung ialah seperti:
1. terung panjang biru
2. terung bulat biru
3. terung bulat putih telur
4. terung bulu / iban
5. terung pipit/ rembang
6. terung susu kambing
7. terung telunjuk

Benih terung terdapat di bahagian tengah atau empulur terung. bagi mendapatkan benihnya, empulur terung dijemur dan dikeringkan sehingga bijinya tertanggal .

Pelbagai jenis terung yang boleh dimakan samada dimasak dan dibuat ulam ,
Masakan yang selalu dibuat seperti masak pajeri, masak lemak ikan masin, goreng sambal.

biji terung pada empulur terung
                                                 
biji terung

terung putih panjang
terung pipit/rembang
terung susu kambing
terung telunjuk

terung  biru panjang





terung bulu/iban
terung bulat ungu

terung putih / telur



Ehsan daripada:

http://rahsiataman.com/wp/blog/2013/10/24/jenis-jenis-terung/
....................................................................................................................

Tomato

biji  tomato melekat di empulur buah tomato
Tomato dibiakkan menggunakan biji dan batang. biji tomato diperoleh melalui biji yang terdapat diempulurnya.

Terdapat pelbagai jenis tomato (lebih kurang 7500 jenis) yang terdapat di seluruh dunia. Heirloom tomato atau tomato tradisional merupakan jenis tomato yang bukan hybrid. 

Tomato tradisional  terdapat dalam pelbagai bentuk dan warna seperti  variety Brandywine, Green grape, dan Cherokee purple.


 Brandywine tomato

 Green grape tomatoes

Cherokee purple tomatoes

Sekarang, tomato jenis hibrid juga mudah didapati dan popular. Tomato hibrid biasanya lebih tahan lasak dan rasa yang lebih sedap. Kerana faktor inilah tomato hybrid lebih sesuai dikomersilkan. Antara jenis tomato hibrid ialah:
  • Globe tomato
  • Beefsteak tomato
  • Oxheart tomato
  • Plum tomato
  • Pear tomato
  • Cherry tomato
  • Grape tomato
  • Campari tomato



Globe tomatoes

Globe tomato merupakan tomato yang paling biasa didapati di pasaran. Sesuai untuk dimakan secara mentah.
Sejenis tomato hibrid  yang paling banyak digunakan di mana sahaja. Memiliki bentuk bulat yang seragam dengan ukuran yang tidak terlalu besar.  Rasanya tidak terlalu asam. Kerap digunakan dalam makanan utama, salad, sandwich, dan burger.Ia juga dipanggil slicing tomato kerana sering dijadikan hirisan makanan terutama burger.


 Beefsteak tomato

Beefsteak tomato adalah jenis tomato yang besar, berbentuk seperti ginjal, dan mempunyai kulit yang nipis. Biasanya dimakan bersama sandwich. Oleh kerana kulitnya yang nipis, tomato ini kurang sesuai dikomersialkan kerana cepat rosak.. Berat sebiji sekitar 500 gram atau lebih. Bentuk bulatnya lungkum seperti labu bulat. Kulitnya tipis, memiliki banyak ruang bij



Oxheart tomato

Oxheart tomato terdapat dalam bentuk seperti buah strawberi dan ada juga yang berbentuk ginjal seperti beefsteak tomato.
Plum tomato


Plum tomato biasanya berbentuk oblong, dan sangat sesuai untuk dijadikan sos atau paste kerana mempunyai kepadatan isi yang tinggi.

 Pear tomatoes

Pear tomato berbentuk buah pear yang nyata dan biasanya bersaiz kecil. Juga sesuai untuk dijadikan paste.


 Cherry tomatoes

Cherry tomato bersaiz kecil dan bulat. Rasanya lebih manis dan sangat sesuai untuk dijadikan salad. Di Malaysia, cherry tomato yang bulat kurang dikenali.


 Grape tomatoes

Grape tomato merupakan jenis terbaru yang diperkenalkan. Mempunyai bentuk seperti plum tomato dan rasa manis seperti cherry tomato. Di Malaysia, jenis ini lebih dikenali sebagai tomato ceri kerana telah ditanam secara besar-besaran. Variety ini diperkenalkan di pasaran dunia pada 1990-an dan menjadi popular kerana saiznya yang kecil dan manis. Dipercayai berasal dari Asia, variety ini diperkenalkan oleh Andrew Chu yang memperolehi benih dari syarikat Taiwan, Know-You Seed Company.


Campari tomatoes

Campari tomato mempunyai saiz lebih kecil dari plum tomato tetapi lebih besar dari cherry tomato. Mempunyai rasa yang manis, texture yang lembut dan kandungan asid yang rendah.

Ehsan daripada:

http://haley-greenhorizon.blogspot.my/2011/04/jenis-jenis-tomato.html

..............................................................................................................................................


Lobak


benih lobak merah


semaian anak pokok lobak putih
benih lobak putih









raddish


lobak merah bulat





................................................................................................................................................

Benih salad dan salad hijau

benih salad

salad hijau
salad merah

.....................................................................................................................................



Labu air
bnih labu air
benih di empulur labu

labu air bulat

labu air panjang

Labu siam
labu siam

...............................................................................................................

Labu
biji-biji 3 jenis labu

labu kulit hijau


labu kulit jingga

labu kulit putih
labu angsa

..........................................................................................................................................

Bayam  
bayam merah
bayam hijau

benih bayam



....................................................................................................................

Kailan
kailan

biji benih kailan


..................................................................................................................................